Sunday, December 9, 2018

Inilah 16 Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anda Seorang Pesakit K4nser. Tolong Ambil Berat Sebelum Terlambat !!

Leave a Comment
Inilah 16 Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anda Seorang Pesakit K4nser. Tolong Ambil Berat Sebelum Terlambat !!
Doktor menyarankan supaya memberi lebih perhatian kepada simptom-simptom yang berkemungkinan menjadi tanda-tanda kanser yang susah untuk dikenalpasti. Walaupun apa yang disenaraikan ini tidak semestinya tanda-tanda kanser, anda tidak seharusnya mengenepikannya.

Terdapat lebih daripada 200 jenis kanser seperti kanser paru-paru, payudara, buah pinggang, kanser ovari, kanser testis, kanser pundi kencing dan leukemia. Untuk kebanyakkan kes seperti ini, kadar hidupnya sangat rendah terutamanya kanser paru-paru. Antara puncanya ialah kanser tersebut lambat dikesan dan sudah di tahap kritikal dan tidak mampu untuk dirawat.
Berikut adalah antara tanda-tanda biasa dan simptom-simptom kanser. Jikalau terdapat tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar.
Hilang berat yang tak dapat dijelaskan
Lebih 80% penghidap kanser kehilangan berat badan yang tak dapat dijelaskan misalnya kehilangan 10% dari berat badan asal dalam tempoh 6 bulan bukan disebabkan diet atau bersenam.
Keletihan dan lemah
Walaupun anda sudah mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, sekiranya simptom ini dilihat tidak berkurang, anda perlu segera berjumpa doktor.
Demam yang kerap
Demam adalah tanda badan kita sedang melawan bakteria dan jangkitan tetapi demam yang berpanjangan berkemungkinan petanda leukemia.
Semput atau bernafas dengan kuat
Semput merupakan simptom bagi banyak penyakit termasuklah kanser paru-paru dan keadaan di mana seseorang itu bernafas dengan kuat mngkin boleh disebabkan oleh ketumbuhan pada paru-paru yang mengecilkan laluan pengudaraan.
Batuk yang kronik dan sakit dada
Kanser paru-paru dan leukemia mempunyai sedikit persamaan dengan bronkitis dan diikuti juga dengan sakit dada ketika mendepa tangan atau membengkokkan tangan ke atas bahu.
Suara serak pula merupakan tanda kepada kanser tiroid, paru-paru, esophagus atau peti suara.
Kembung
Kembung yang kerap dan berpanjangan disyaki tanda kanser ovari dan ditambah dengan pembengkakan di bahagian abdomen, sakit di bahagian pinggul dan rasa kenyang.
Manakala, kembung selepas makan adalah tanda bagi kanser perut.
Pedih ulu hati yang kronik
Menurut jurnal dari Klinikal Gastroenterologi dan Hepatologi menerangkan bahawa pedih ulu hati disebabkan oleh keradangan tisu pada lapisan kerongkong yang berkemungkinan membawa kepada kanser kerongkong.
Masalah usus
Perubahan pada aktiviti usus yang melebihi empat minggu tanpa alasan boleh menjadi tanda awal kanser usus.
16 Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anda Seorang Pesakit K4nser. Jangan Ambil Mudah!

Kesukaran ketika menelan
Perasaan seolah-olah ada sesuatu yang terlekat di kerongkong, susah dan terasa pedih ketika menelan mungkin petanda awal kanser kerongkong.
Kuning
Apabila mata putih dan kulit anda kelihatan kekuningan, ia mungkin merupakan simptom bagi kanser hempedu atau hati. Malah, ia juga mungkin tanda kanser pankreas yang mengganggu fungsi hati dan salur hempedu.
Pembengkakan atau ketulan yang pelik
Jikalau anda mendapati ada ketulan pelik pada pangkal peha, testikel, payudara, bawah lengan, abdomen, leher atau mana-mana bahagian badan anda lebih dari 3 minggu, ia mungkin tanda awal bagi kanser seperti kanser payudara.
Kemunculan tahi lalat baru atau bintik-bintik pada kulit
Perubahan pada kulit mungkin tidak mempunyai rasa sakit tetapi jika simptom ini kelihatan, anda dinasihatkan untuk ke pemeriksaan kanser.
Perubahan kuku
Bintik hitam atau coklat di bawah kuku jari mungkin anda kanser kulit manakala, warna kuku yang putih atau pucat pula merupakan tanda pada kanser hati.
Sakit pada bahagian pinggul atau abdomen
Rasa sakit pada bahagian abdomen atau pinggul dan terasa lenguh di bahagian pinggul serta perubahan aktiviti usus adalah petanda kanser ovari.
Bagi wanita yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser ovari, wanita yang tak pernah mengandung dan wanita yang dikenalpasti menghidap kanser kolon, payudara atau uterus, mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap kanser ovari.
Rasa sakit yang lebih dari 4 minggu
Jikalau anda sering berasa sakit atau sakit lebih dari 4 minggu tanpa sebarang alasan yang dapat dijelaskan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin indikator kepada kanser testis atau tulang.
Pendarahan luar biasa
Kencing berdarah mungkin merupakan tanda kepada jangkitan pada saliran kencing, kanser buah pinggang atau pundi kencing. Manakala, jikalau anda mengesan darah semasa anda membuang air besar, berkemungkinan adalah tanda kanser usus atau buasir.
Walaupun jarang berlaku, pendarahan pada vagina berkemungkinan petanda bagi kanser vagina.
Lebam dan pendarahan yang banyak adalah petanda leukemia. Batuk dan muntah darah mungkin disebabkan oleh kanser paru-paru dan kerongkong atau kanser perut.
Pendarahan luar biasa tidak semestinya petanda kanser tetapi ia mungkin petanda bagi penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan terperinci untuk penjelasan lebih lanjut.

Nasihat kami, lakukanlah pemeriksaan kesihatan secara berkala, perhatikan simptom yang disenaraikan dan lakukan pemeriksaan kanser yang dicadangkan
Read More

Friday, December 7, 2018

Video - Sebak Lihat Anak Rita Rudaini Teruja Tengok Bola Dalam Hujan, Terlalu Rindukan Bapanya, Bagilah Tiket VVIP kat Mereka ni

Leave a Comment
Video - Sebak Lihat Anak Rita Rudaini Teruja Tengok Bola Dalam Hujan, Terlalu Rindukan Bapanya, Bagilah Tiket VVIP kat Mereka ni | Berkesempatan untuk membawa anak-anaknya menonton perlawan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di sebuah restoran mamak, Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi video saat momen anaknya bersorak gembira apabila Harimau Malaya berjaya ke peringkat akhir.

kredit :beautifullnara
Menerusi kapsyen yang ditulis, Rita memberitahu betapa terujanya anak beliau sehingga sanggup menonton perlawanan bola sepak itu didalam hujan di sebuah restoran mamak.


Kesungguhan anak sulungya itu memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.
Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Read More

Korang Mesti Cuba 7 ‘Port’ Makan Sedap Di Bangi !

Leave a Comment
Korang Mesti Cuba 7 ‘Port’ Makan Sedap Di Bangi ! | Selain dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanannya. Pendek kata, semuanya sedap!
Tak payah pergi jauh, di sekitar Lembah Klang sahaja korang boleh menikmati pelbagai hidangan lazat. Kali ini kami nak kongsikan beberapa ‘port’ makan menarik di Bangi yang korang wajib singgah!

Jadi kepada food hunters sekalian, apa tunggu lagi? Jom ajak keluarga dan kawan-kawan ke syurga makanan di Bangi!

1. Restoran Sambal Uleg

Bagi penggemar masakan Indonesia dan sambal yang betul-betul pedas, anda boleh datang ke Restoran Sambal Uleg. Anda pasti berpuas hati dengan portion makanannya yang banyak dan sesuai dengan harga yang berpatutan.
Menu kegemaran pengunjung ke sini pastinya set ayam penyet. Selain itu, anda juga boleh cuba set kambing bakar penyet dan lele penyet. Dengar kata, owner kedai bela sendiri ikannya. Patutlah besar-besar!
Alamat: Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

2. Denali and Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Dikhabarkan sebagai kafe rooftop tercantik di Bangi, kafe hipster ini menggunakan konsep dekorasi Bohemian yang pasti memberikan suasana yang tenang kepada pengunjung.
Sambil melihat pemandangan yang cantik, anda juga disajikan dengan pelbagai menu yang menarik dengan harga berpatutan seperti pasta Spicy Provencal Linguine, Peruvian Chicken, Tenderloin Beef Skewers serta burger yang besar dan juicy. Jadi tak hairanlah kalau kafe ni sentiasa pack dengan pelanggan.
Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

3. Si Tompok Cafe

Tengok nama pun dah tahu kafe ni kafe kucing kan? Bagi cat lovers, anda bolehlah berkunjung ke sini untuk beristirehat dan bermesra dengan kucing-kucing baka Parsi, British Shorthair dan Semiflat yang comel.
Selain bermain dengan kucing, anda juga boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan seperti ayam penyet, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Jangan lupa untuk order Si Tompok Chicken Grill dan Butter Beef yang terkenal di sini. Jangan risau, tempat makan dan ruang untuk kucing diasingkan untuk menjaga kebersihan makanan dan kafe.
Alamat: No. 16A, 1st Floor, Jalan 8/1,, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

4. Restoran I Hidang

Kepelbagaian makanan yang dihidangkan di restoran ini semuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selera orang kan lain-lain, jadi anda bolehlah ajak ramai-ramai untuk cuba menu menarik di sini seperti masakan Melayu, Cina dan barat.
Antara menu yang anda wajib cuba di restoran I Hidang ini ialah Nasi Goreng Soft Shell Crab, Spicy Cheesy Chicken Chop, Maggi Goreng Chicken Chop dan Nestum Milk Shake yang confirm padu!
Alamat: D-09-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

5. Eid Halal Korean Restaurant

Kalau tekak anda nak merasa dan makan makanan Korea, Eid Halal Korean Restaurant adalah tempatnya. Anda pasti tidak akan rasa rugi dengan portion makanannya yang banyak. Menurut owner, menu di sini tidak diubah dan original dari Korea.
Bibimbap dan Bulgogi ialah antara menu kegemaran pengunjung di sini tau. Apa yang best, pelanggan boleh refill side dish sebanyak mana yang dimahukan.
Alamat: No 8-23-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Central, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

6. Tuah Cafe

Kafe ini sesuai untuk anda yang ingin lepak sambil menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan dalam suasana yang chill. Dekorasi kafe ini menambahkan mood yang santai tetapi hipster dengan dinding yang berwarna hitam, ditambah pula dengan cahaya lampu yang malap.
Harga menu di sini amat berpatutan, sesuai dengan setiap rasa hidangan yang disajikan. Antara menu pilihan pengunjung ialah Crispy Chicken Pasta, Butter Chicken dan Crazy Nachos. Anda juga boleh order aiskrim sebagai pencuci mulut.
Alamat: No. 20 Jalan7/1C, 43650 Bangi, Selangor

7. Burrito Shack

Siapa yang minat sangat kat Mexican food, Burrito Shack lah tempat anda! Di sini anda boleh cuba menu seperti Cheesy Grilled Chicken, BBQ Ground Beef, Burrito Chipotle Pulled Beef dan juga tacos.
Alamat: Lot K01, Unit B-2-G, Bangi Gateway Shopping Complex, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor
Sumber: Malay Food LiciousASH (Foodhunters) dan ohbulan
Read More
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close